Teladan di 'jalan tikus'


Mustafa K. Anuar

Sekumpulan lelaki Cina bergotong-royong membaiki 'jalan tikus' di Ladang Bikam, Perak bagi memudahkan perjalanan orang Melayu yang pulang ke ibu kota selepas menyambut Aidilfitri di kampung baru-baru ini. – Gambar Facebook, 23 April, 2024.

HARI Raya Aidilfitri disambut dengan semangat muhibah, dan kebiasaannya kebanyakan keluarga Melayu-Islam mengadakan rumah terbuka untuk saudara-mara serta jiran, rakan sekerja dan sahabat handai daripada pelbagai latar belakang.

Aidilfitri disambut dengan begitu meriah, dan kita pasti disajikan dengan iklan-iklan raya yang menyentuh hati yang dihasilkan syarikat-syarikat korporat setiap kali musim raya tiba.

Namun insiden di Ladang Bikam, Perak yang dirakam dalam satu video yang kemudian tular baru-baru ini harus dipuji, terutama ketika suasana politik ketika ini dilihat melebarkan jurang antara kaum dan agama.

Video itu memaparkan sekumpulan 15 lelaki Cina bergotong-royong membaiki ‘jalan tikus’ sebagai alternatif untuk pengguna jalan raya mengelak kesesakan di Lebuhraya Utara Selatan di Perak menuju ke Kuala Lumpur selepas menyambut Aidilfitri di kampung.

Menggunakan jengkaut bersama semangat untuk membantu, lelaki-lelaki Cina ini berjaya meratakan tanah dalam hanya 15 minit, membolehkan orang Melayu meredah malam yang gelap Sabtu minggu lepas. 

Inilah yang sepatutnya dilakukan oleh rakyat Malaysia, bukan memperbesarkan isu remeh-temeh.

Semangat saling membantu tanpa mempedulikan latar belakang agama dan kaum amat penting untuk mengukuhkan perpaduan serta membuang jauh ketaasuban dan syak wasangka.

Apa yang dilakukan 15 lelaki Cina berkenaan diharapkan dapat membuka mata golongan fanatik bahawa tidak semua Cina jahat dan bukan semua Melayu makan rasuah. – 23 April, 2024.

Artikel penuh di sini



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen