Sri Lanka beri elaun khas kepada keluarga pendapatan rendah


Komuniti Katolik Sri Lanka mengadakan protes susulan krisis ekonomi di Colombo. – Gambar fail EPA, 3 Mei 2022.

KERAJAAN Sri Lanka akan memberikan elaun tunai khas kepada keluarga berpendapatan rendah yang terjejas akibat krisis ekonomi bermula Mei, untuk tempoh tiga bulan, kata menteri media massa, Nalaka Godahewa pada Selasa.

Pada taklimat media, beliau berkata keluarga berpendapatan rendah amat terkesan dengan krisis ekonomi jadi kerajaan berasakan bantuan segera perlu disalurkan kepada mereka, lapor agensi berita Xinhua.

Godahewa berkata, Kabinet pada Isnin meluluskan pemberian elaun khas itu yang diperkenalkan di bawah kerangka kerja pembiayaan kecemasan Kumpulan Bank Dunia. – Bernama, 3 Mei, 2022.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen