Pihak berkuasa Sri Lanka tahan 644 penduduk ingkar perintah berkurung


Sri Lanka kini bergelut dengan krisis ekonomi terburuk sejak mencapai kemerdekaan pada 1948. – Gambar EPA, 4 April, 2022.

PIHAK berkuasa Sri Lanka menahan 644 orang kerana melanggar perintah berkurung, lapor Sputnik, memetik Colombo Gazette pada Ahad. 

Pada Sabtu, Sri Lanka mengenakan perintah berkurung selama tiga hari di seluruh pulau berkenaan selepas protes besar-besaran meletus di Colombo kerana rasa tidak puas hati orang ramai yang semakin memuncak terhadap usaha kerajaan dalam menangani krisis ekonomi yang mencengkam negara itu sejak tiga tahun lalu.

Penunjuk perasaan turut menuntut presiden melatakan jawatan. 

Presiden Sri Lanka Gotabaya Rajapaksa pada Jumaat mengisytiharkan darurat di seluruh negara untuk memastikan “keselamatan awam dan memelihara ketenteraman awam”.

Sri Lanka kini bergelut dengan krisis ekonomi terburuk sejak mencapai kemerdekaan pada 1948.

Kemelesetan ekonomi itu berpunca daripada kekurangan pertukaran asing disebabkan sekatan pelancongan semasa pandemik COVID-19.

Ia menyebabkan negara tidak dapat membeli bahan api dan gas mencukupi, dengan orang ramai menghadapi kekurangan makanan dan keperluan asas. – Bernama, 4 April, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen