PAS patut dikecam kerana terima Adun Melaka, kata wakil PKR


S. Raveentharan berkata PAS patut dikecam kerana menerima Adun Melaka Muhammad Jailaini Khamis dari BN ke dalam parti mereka. – Gambar fail The Malaysian Insight, 17 Julai, 2024.

PAS patut dikecam kerana menerima Adun Melaka Muhammad Jailaini Khamis dari Barisan Nasional (BN) ke dalam parti mereka walaupun menandatangani ikrar Akta Anti-Lompat Parti di Parlimen pada 2022, kata bekas pemimpin PKR.

S. Raveentharan, seorang peguam kanan dan bekas timbalan setiausaha agung PKR berkata walaupun langkah itu dilihat sah dari segi undang-undang, ia tetap salah dari segi moral.

Beliau berkata ia memberikan isyarat yang salah kepada pengundi bahawa wakil rakyat mereka boleh dengan mudah dipengaruhi untuk menukar kesetiaan dengan mengabaikan kepentingan pengundi.

“Ia menyebabkan ketidakstabilan politik dan merosakkan negara semasa pandemik global pada 2020 apabila Langkah Sheraton yang terkenal untuk merampas kuasa secara pintu belakang diusahakan - satu tujuan yang mementingkan diri sendiri yang mungkin mengorbankan nyawa kerana kerajaan sibuk mengekalkan kuasa daripada menyalurkan semua sumber untuk melawan Covid-19.

“Ketika Jailaini bertanding pada 2022, dia melakukannya atas tiket BN dan kini dia berpindah ke kem lain hanya kerana DUN Melaka lambat menerima pakai undang-undang yang serupa dengan Parlimen. Ia tidak patut,” kata Raveentharan.

Beliau berkata pilihan yang lebih baik adalah meletakkan jawatan, bertanding semula atas tiket PAS dalam pilihan raya kecil negeri walaupun pada masa ini negara memerlukan lebih sedikit pilihan raya dan lebih fokus kepada memperkukuhkan perpaduan untuk membina negara.

Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berkata langkah itu sah kerana kerajaan Melaka masih belum melaksanakan undang-undang anti-lompat ketika Muhammad Jailaini berpindah parti.

“Pada 10 Jun 2023 iaitu sebelum kerajaan Melaka meminda perlembagaan mereka pada 31 Julai, Adun Rembia memohon untuk menjadi ahli PAS dan dia diterima sebagai ahli pada hari yang sama. Jadi kini Melaka mempunyai tiga Adun pembangkang berbanding dua,” kata Takiyuddin.

Jailani pertama kali dipilih sebagai Adun Rembia pada 2018 di bawah bendera Pakatan Harapan (PH) dan kemudian keluar dari PKR pada 2020 serta terus menjadi ahli bebas DUN Melaka selama sembilan bulan.

Beliau menyertai Umno pada 2021 dan mempertahankan kerusinya di bawah tiket BN.

Ditanya mengenai enam ahli Parlimen yang dahulunya dari Bersatu yang berikrar kesetiaan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang juga presiden PKR, Raveentharan berkata ia adalah cadangan moral dan undang-undang yang berbeza sama sekali.

“Enam orang itu hanya berikrar taat setia kepada ketua politik sebuah kerajaan. Semua ahli Parlimen harus melakukan itu sebagai menghormati jawatan perdana menteri. Tetapi saya bertanya kepada anda? Adakah mereka melompat dan ke parti mana mereka melompat?

“Rang undang-undang anti-lompat sedang ditafsirkan untuk memenuhi agenda politik seseorang dan bukannya meninggalkannya sebagai undang-undang dan kerana ia diwajibkan, ia harus dihormati, kata Raveentharan.

“Dengan ketiadaan asas moral, undang-undang negara ... Perlembagaan mengatasi semua perkara,” katanya.

Raveentharan menggesa semua wakil rakyat untuk kembali berkhidmat kepada rakyat daripada terlibat dalam taktik tegang.

Negara memerlukan kestabilan untuk bergerak maju sebagai sebuah negara, katanya. – 17 Julai, 2024.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen


  • Saya gembira untuk berkongsi bagaimana saya berjaya mengatasi virus Herpes menggunakan ubat semulajadi. Melalui ubat tempatan asli yang disediakan oleh Doc Godsent Yare, saya berjaya menyekat virus dan meningkatkan kesejahteraan keseluruhan saya pada minggu pertama. Dua minggu selepas mengambil ubat-ubatan, saya menjadi sihat. Hari ini, saya menjalani kehidupan yang memuaskan dan bebas Herpes.! Disahkan oleh Doc saya, saya bebas herpes. Menunjukkan bahawa pendekatan semula jadi boleh menawarkan penyelesaian yang berkesan untuk cabaran kesihatan seperti herpes dan penyakit mengerikan yang lain. Lihat apa bantuan di bawah E-mel:- [email protected] Penawar Herba Yang Anda Perlukan

    Dimuat naik 1 tahun yang lalu oleh Ghazal Haider · Ulasan