Semua pihak digesa bertenang isu makan di sekolah ketika Ramadan


Angie Tan

Isu makan di sekolah semasa Ramadan tidak akan timbul setiap tahun jika rakyat berbilang kaum dan agama belajar menjadi inklusif antara satu sama lain. – Gambar fail The Malaysian Insight, 9 April, 2022.

PERSATUAN Cina Muslim Malaysia kepada ibu bapa, guru dan pihak berkuasa sekolah agar bersikap toleransi, lebih memahami dan bertenang berhubung isu makan pada waktu rehat di sekolah oleh murid bukan Islam pada Ramadan.

Setiausaha persatuan Nurul Nadhirah Liew berkata isu ini tidak akan timbul setiap tahun jika rakyat berbilang kaum dan agama belajar untuk menjadi inklusif antara satu sama lain.

Kuncinya terletak pada cara pihak sekolah menangani isu itu, katanya kepada The Malaysian Insight selepas ibu bapa menyiarkan pekeliling berhubung puasa di sekolah rendah anaknya dalam akaun Facebook yang mencetuskan kemarahan ibu bapa bukan Islam.

Nurul berkata murid bukan Islam makan bukanlah satu isu besar.

“Ia bukan isu besar. Apa yang penting ialah orang yang berbeza kepercayaan belajar untuk menghormati antara satu sama lain.

“Jadilah inklusif jika tidak negara ini tidak akan bersatu.”

Beliau berkata murid bukan Islam bebas makan dan minum sepanjang Ramadan, tetapi mereka hanya perlu menghormati dan tidak berbuat demikian di depan murid beragama Islam.

“Walaupun kantin dibuka untuk murid bukan Islam dan membawa bekalan makanan, mereka perlu membersihkannya sendiri.

“Saya tidak nampak isu berhubung perkara itu kerana murid Islam tidak pergi ke kantin pada bulan Ramadan.”

Nurul berkata anak-anaknya bersekolah di sekolah menengah dan rendah Cina, dan tidak pernah mendengar sebarang aduan daripada mereka, atau pelajar Islam lain, mengenai pelajar bukan Islam bersikap tidak hormat dengan makan di depan mereka.

Sebelum bermulanya bulan puasa, ibu bapa murid SK Desa Pandan di Kuala Lumpur menyiarkan surat pekeliling kononnya, kantin sekolah akan ditutup pada bulan Ramadan bagi “melatih murid Islam berpuasa dan murid bukan Islam menghormati mereka yang berpuasa”.

Ia itu juga berkata pelajar yang tidak berpuasa diminta makan di rumah sebelum ke sekolah kerana mereka tidak dibenarkan makan di sekolah. 

Murid-murid juga tidak dibenarkan membawa sebarang air minuman ke sekolah.

Hantaran itu tidak lama kemudian mencetuskan perdebatan hangat dengan ramai ibu bapa mengkritik pekeliling itu.

Beberapa ibu bapa turut menanda Menteri Pendidikan Mohd Radzi Mohd Jidin di Facebook.

Ketika The Malaysian Insight menghubungi pihak sekolah,  mereka berkata ibu bapa salah faham berhubung pekeliling itu.

Mereka berkata pekeliling itu hanya untuk pelajar Islam dan tidak melibatkan bukan Islam.

“Terdapat hanya 12 murid bukan Islam di sekolah dan mereka dibenarkan makan dan minum tanpa sekatan pada waktu rehat,” kata sekolah itu.

Pihak sekolah berkata terdapat juga bilik darjah khusus disediakan untuk mereka makan dan minum semasa rehat.

Ia menambah bukan semua murid Islam di sekolah berpuasa kerana ada yang masih terlalu muda untuk melakukannya.

Ia berkata pihak sekolah juga menyediakan bilik darjah khusus untuk mereka makan juga.

Isu makan di sekolah oleh orang bukan Islam pada bulan Ramadan bukanlah perkara baru.

Pada 2013, sekolah Seri Pristina di Sungai Buloh menjadi  isu selepas keputusan mengarahkan murid bukan Islam makan di bilik mandi sekolah itu tular di media sosial.

Pada 2015, sebuah sekolah rendah di Kedah turut menjadi tumpuan selepas siaran media sosial oleh ibu bapa mendakwa seorang penolong kanan sekolah itu meminta murid bukan Islam minum di dalam tandas sahaja dan minum air kencing sendiri jika tidak membawa air ke sekolah kerana kantin ditutup.

Jabatan Pendidikan berkata ia sudah menyiasat dan menolak dakwaan itu sebagai tidak benar.

Pelawak Harith Iskander sebelum ini menyiarkan di Facebook miliknya yang semasa di sekolah menengah, pelajar Islam dan bukan Islam saling menghormati antara satu sama lain semasa Ramadan - malah pelajar Islam yang tidak berpuasa.

Beliau berkata kini adalah menjadi kemestian bagi sekolah mengenakan peraturan wajib melarang pelajar makan di sekolah pada bulan puasa.

“Bilakah perubahan sedemikian menjadi perlu sehingga pentadbiran sekolah mengenakan peraturan dan undang-undang wajib melarang pelajar tidak berpuasa di sekolah pada bulan Ramadan?” – 9 April, 2022.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen