Bahlil Lahadalia menteri tenaga sementara Indonesia


Menteri Pelaburan Indonesia Bahlil Lahadalia akan turut memangku portfolio Menteri Tenaga dan Sumber Mineral buat sementara waktu. – Gambar Facebook, 4 Februari, 2022.

MENTERI Pelaburan Indonesia Bahlil Lahadalia akan turut memangku portfolio Menteri Tenaga dan Sumber Mineral buat sementara waktu berikutan penyandangnya Arifin Tasrif menjalani kuarantin kendiri selepas disahkan dijangkiti Covid-19.

“Menteri (Arifin) dalam keadaan baik. Insya-Allah minggu depan beliau akan kembali bekerja. Tolong doakan beliau,” kata jurucakap Kementerian Tenaga Agung Pribadi dalam satu kenyataan hari ini.

Kementerian itu menjadi perhatian baru-baru ini berikutan keputusannya untuk menghentikan sementara eksport arang batu sepanjang Januari, bertujuan mengelakkan gangguan di loji janakuasa arang batu domestik.

Indonesia adalah pengeksport arang batu terbesar di dunia. – Bernama, 4 Februari, 2022.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen