Lagenda Mahsuri diberi sentuhan istimewa di tepi laut 27 Nov ini


Elill Easwaran

SuatuKala akan membawa kembali kisah lagenda Mahsuri dengan naratif baharu yang mengutamakan suara wanita, dipersembahkan oleh pelakon wanita. – Gambar Facebook, 2 November, 2021.

APA yang akan diperkatakan oleh Mahsuri bagi membela dirinya selepas difitnah berzina? Adakah dia akan diberi peluang?

Persoalan itu akan terjawab melalui inisiatif seni SuatuKala berpangkalan di Langkawi, yang akan menceritakan semula kisah Mahsuri pada 27 November ini melalui persembahan teater muzikal  dibarisi semua pelakon wanita.

Pulau Sri ― Never Destroy An Island With A Lie akan dipentaskan dalam suasana unik di tepi pantai di Langkawi Holiday Villa Beach Resort & Spa.

Pengasas bersama Suatukala, Karina Bahrin berkata persembahan itu adalah muzikal asli yang diilhamkan daripada tarian Mek Mulung dari Kedah yang popular pada penghujung 1700-an.

Pelakon wanita yang terdiri daripada 13 orang termasuk bakat tempatan Langkawi akan diterajui oleh artis-penyair bebas Malaysia Sheena Baharudin dan pemuzik Takahara Suiko. Sheena akan memainkan watak Mahsuri dan Takahara sebagai Penghulu.

Menurut lagenda, Mahsuri merupakan seorang wanita muda yang dituduh berzina semasa suaminya tiada. Beliau kemudiannya dihukum bunuh. Ketika menerima hukuman Mahsuri mengeluarkan darah berwarna putih, melambangkan yang beliau tidak bersalah. Semasa nazak menerime hukuman Mahsuri bersumpah supaya pulau Langkawi tidak tenteram selama tujuh keturunan.

Sejak berkurun lamanya, Karina berkata, Mahsuri sentiasa digambarkan sebagai mangsa jenayah.

“Cuma sedikit sahaja ruang untuk beliau tuntut semula naratif itu.

“Pertunjukan kami bertujuan memberi peluang kepada Mahsuri untuk memberitahu kami sisinya dan memberikan perspektif yang lebih mengutamakan wanita.

“Menggunakan pelakon yang semuanya wanita menguatkan matlamat kami untuk menguatkan suara wanita,” kata Karina kepada The Malaysian Insight.

Tiket untuk persembahan satu malam itu boleh dibeli pada harga RM95 setiap satu melalui laman web ticket2u.com.my http://t2u.asia/e/26165.

Persembahan itu, yang dipentaskan dengan bantuan geran daripada Yayasan Hasanah, adalah pengumpulan dana untuk inisiatif berterusan Suatukala bagi mempromosikan penceritaan dalam kalangan belia Langkawi.

Suatukala ditubuhkan di Langkawi sebagai inisiatif pembangunan komuniti berasaskan sukarela untuk mempromosikan dan menggalakkan penduduk tempatan berkongsi cerita pulau itu dan mengekalkan budaya bercerita tempatan.

Pulau Langkawi mempunyai banyak kisah lagenda. – 2 November, 2021.

Berita penuh di sini.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen