Lukisan kanvas terbesar dunia dijual pada harga AS$62 juta


Artis Britain Sacha Jafri bersama hasil karyanya bertajuk "Journey of Humanity" yang merupakan lukisan kanvas terbesar di dunia.– Gambar EPA, 24 Mac, 2021.

KARYA seni artis Britain Sacha Jafri yang merupakan lukisan kanvas terbesar di dunia telah dijual pada harga AS$62 juta dalam satu lelongan di Dubai, kata penganjur. 

Lukisan bertajuk “Journey of Humanity” dipecahkan kepada 70 bahagian dan selebar 1,595.76 meter persegi (17,176 kaki persegi)—bersamaan hampir empat gelanggang bola keranjang. 

Penganjur dalam satu kenyataan berkata hasil karya itu dijual pada harga AS$62 juta, dua kali ganda berbanding harga yang disasarkan yang mana hasil jualan itu akan disalurkan kepada badan amal untuk kanak-kanak.

Warga Perancis yang menetap di Dubai, Andre Abdoune membeli kesemua 70 bahagian lukisan berkenaan dalam lelongan yang diadakan di Atlantis, The Palm, Dubai.

Lukisan berkenaan disahkan oleh Guinness World Records sebagai “kanvas seni terbesar” dan dipamerkan di dewan hotel berkenaan pada asalnya mahu dijual mengikut bahagian. 

“Saya berasal dari keluarga yang susah dan saya tahu bagaimana rasanya untuk tidak memiliki apa-apan namun sekurang-kurangnya saya ada kasih sayang daripada ibu bapa saya, sekolah dan sokongan,” kata Abdoune yang menjalankan perniagaan matawang kripto. 

“Lukisan itu sangat berkuasa ketika saya melihatnya dan pada saya adalah satu kesilapan untuk pecahkan kepada bahagian.”

Abdoune turut menyatakan bagaimana pandemik koronavirus memberi kesan kepada kanak-kanak di seluruh dunia. 

“Kita perlu bertindak, jadi jika saya boleh menyumbang kepada mereka, saya gembira,” katanya.

Jafri menyasarkan untuk mengutip AS$30 juta bagi dana kesihatan, sanitasi dan inisiatid pendidika kepada kanak-kanak kurang berkemampuan di seluruh dunia. 

Artis kontemporari berusia 44 tahun itu juga berharap hasil karyanya tu akan mencetuskan gerakan kemanusiaan. 

Kanak-kanak dari 140 negara turut menyumbang hasil seni secara dalam talian untuk disertakan dalam karya Jafri, yang lengkap sepeuhnya pada akhir September. – AFP, 24 Mac, 2021.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen