Teater, wayang, konsert rancak di Sepanyol walaupun kes Covid-19 tinggi


Seniman juga tidak terkecuali dengan tatacara baharu ini, selain mengawal penjarakan sosial dan memakai pelitup mulut, mereka juga perlu menjalani ujian saringan. – Gambar AFP, 23 Januari, 2021.

BERBANDING negara Eropah lain, Sepanyol lebih berani dan menonjol ketika ini sebagai pusat tumpuan untuk seni dengan pembukaan teater, pawagam, dan konsert walaupun penularan jangkitan Covid-19 sedang rancak.

“Berpeluang berada di sini bersama kamu merupakan satu berkat dan dengan sepenuh jiwa raga saya menyanjung tinggi usaha untuk mempertahankan kebudayaan,” kata tenor Mexico Javier Camarena kepada Madrid Theatre Royal selepas berminggu-minggu tidak membuat persembahan.

Lebih kurang 1,200 pengunjung hadir mengenakan sut, mantel bulu dan topeng, setelah suhu mereka diambil sebagai sebahagian daripada prosedur operasi standardd (SOP) yang ketat.

Berikutan perintah kawalan pergerakan sejak bermulanya pandemik, kawasan kebudayaan Sepanyol dibuka semula pada musim panas dengan SOP yang ketat di mana kapasiti dihadkan, arahan penjarakan sosial manakala bar dan bilik persalinan ditutup.

Sejak itu Sepanyol tidak pernah menutup pintu mereka, tidak seperti di negara lain seperti Perancis atau Jerman.

Namun ini juga bermaksud pelaburan yang tinggi buat penganjur tempat-tempat itu.

The Theatre Royal, di mana Raja Spanyol Felipe VI dan Ratu Letizia menghadiri pertunjukan pada September, mengeluarkan kenyataan mereka telah menghabiskan lebih sejuta Euro, di mana sebahagian daripadanya digunakan untuk kos sistem ultraviolet untuk membasmi auditorium, bilik persalinan dan juga kostum.

Para seniman juga tidak terkecuali dengan tatacara baharu ini, selain mengawal penjarakan sosial dan memakai pelitup mulut, mereka juga perlu menjalani ujian saringan. – AFP, 23 Januari, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen