SERANGAN rejim DSyria di Idlib meragut nyawa lapan kanak-kanak dan seorang wanita, kata pemerhati.
Tembakan kereta kebal di perkampungan Kansafra itu membunuh empat kanak-kanak dari keluarga yang sama, kata pemerhati hak asasi manusia Syria yang berpangkalan di Britain.
Koresponden AFP menyaksikan seorang bapa menangisi kematian anaknya di tanah perkuburan. Pengebumian dijalankan secara tergesa-gesa kerana serangan terus berlaku.
Sehari sebelum itu, serangan turut berlaku di perkampungan Balshun yang mana serangan oleh pasukan pro-Damsyik itu membunuh empat kanak-kanak dan seorang ibu.
Wilayah Idlib menjadi kdiaman hampir tiga juta penduduk, dua pertiga daripada mereka melarikan diri dari negara itu selepas perang meletus.
Ia didominasi bekas sekutu Al-Qaeda, namun ia turut menyaksikan campur tangan kumpulan pemberontak lain.
Gencatan senjata yang dianjurkan oleh sekutu rejim Rusia dan penyokong rejim Turki melindungi sebahagian besar wilayah daripada serangan tentera kerajaan baharu sejak Mac 2020.
Namun pasukan tentera rejim mula meningkatkan serangan di bahagian selatan negara itu sejak Jun.
Presiden Syria Bashar al-Assad mengangkat sumpah untuk penggal baharu bulan lalu, dan berikrar untuk merampas kembali bahagian yang ditawan pemberontak. – AFP, 20 Ogos, 2021.
Komen