TURKI tidak lagi menutup sempadannya kepada pelarian yang mahu menuju ke Eropah selepas 33 askar negara itu maut dalam satu serangan udara di utara Syria.
“Kita tidak akan menutup pintu sempada kepada pelarian,” kata seorang pegawai kanan kerajaan yang enggan dinamakan.
Hampir 300 migran termasuk pelarian Syria tiba di wilayah Edirne yang bersempadan dengan Greece untuk menuju ke Eropah.
Sekumpulan lagi pelarian tiba di perairan Avyvacik di Canakkale, barat Turki dan mahu menuju ke pulau Lesbos di Greece menggunakan bot.
Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan mengadakan mesyuarat tergempar susulan serangan udara oleh tentera Syria ke atas tentera Turki.
Turki sudah dihuni kira-kira 3.6 pelarian Syria dan jumlah itu dijangka meningkat dengan langkah Istanbul untuk membuka pintu sempadannya.
Sementara itu, pegawai kanan Ergodan, Fahrettin Altun menuduh Presiden Syria Bashar al-Assad melakukan jenayah pembersihan etnik dan mahu mengusir jutaan penduduk Syria keluar dari Idlib.
“Mereka akan melarikan diri ke Turki dan Eropah. Kita sudah ada hampir 3.6 juta pelarian dan tidak mampu lagi menampung pelarian baharu,” katanya.
Greece dan sekutu Eropahnya juga bimbang kemasukan beramai-ramai pelarian Syria selepas lebih sejuta pelarian sudah memasuki benua itu pada 2015 sebelum Kesatuan Eropah dan Turki mencapai perjanjian untuk mengawal jumlah ketibaan pelarian.
Greece and its EU partners also fear another influx of refugees from Syria after more than one million made their way there in 2015 before an EU-Turkey accord was reached on controlling the numbers. – AFP, 28 Februari, 2020.
Komen