Serangan udara berhenti di Syria 


Gencatan senjata itu merupakan usaha terbaru Rusia untuk menghindarkan apa yang digambarkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu sebagai salah satu "mimpi ngeri" kemanusiaan yang paling teruk dalam konflik lapan tahun perang saudara di Syria. – Gambar AFP, 31 Ogos, 2019.

SERANGAN udara di wilayah Idlib, Syria berhenti pada hari Sabtu selepas gencatan senjata yang disokong Rusia berkuatkuasa selepas empat bulan siri pengeboman berlaku, kata seorang pemerhati perang.

“Tidak ada pesawat perang dan serangan udara telah berhenti,” kata Rami Abdul Rahman, ketua Badan Hak Asasi Manusia Syria yang berpangkalan di Britain.

Pertelingkahan antara pengikut setia dan pemberontak rejim juga telah berhenti selepas gencatan senjata sepihak oleh pasukan rejim Syria berkuatkuasa pukul 6 pagi waktu tempatan.

Serangan meriam dan roket bagaimanapun masih berterusan walaupun gencatan senjata telah diumumkan, katanya.

Sekutu rejim Syria pada hari Jumaat mengumumkan bahawa pasukan kerajaan Damsyik akan mematuhi gencatan senjata dari awal pagi Sabtu di Idlib.

Pihak pentadbiran rejim berkata gencatan senjata itu bertujuan “untuk menstabilkan keadaan” di Idlib, salah satu pertempuran akhir yang dipertahankan pembangkang terhadap pasukan Presiden Syria Bashar al-Assad.

Langkah itu merupakan usaha terbaru Rusia untuk menghindarkan apa yang digambarkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu sebagai salah satu “mimpi ngeri” kemanusiaan yang paling teruk dalam konflik lapan tahun perang saudara di Syria. – AFP, 31 Ogos, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen