Populisme berasas kaum rosakkan negara, kata Jomo


Kamles Kumar

Profesor Jomo Kwame Sundaram berkata negara ini masih terkesan dengan kepercayaan generasi tua yang mempercayai politik berasaskan kaum. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 23 Disember, 2020.

MALAYSIA perlu mengelak dari populisme berasas kaum (ethnopopulism) bagi membolehkan negara berkembang, kata pakar ekonomi terkemuka Profesor Jomo Kwame Sundaram.

Beliau berkata negara ini masih terkesan dengan kepercayaan generasi tua yang mempercayai politik berasaskan kaum.

“Kita mempunyai situasi atau kebuntuan politik. Penting bagi golongan muda untuk menyedari masalah terbesar di Malaysia sekarang adalah generasi lebih tua.

“Ideologi utama mereka malangnya sama versi ethnopopulism. Ia boleh menjadi ethnopopulism Melayu, Muslim, Cina, India, Sarawak dan bahkan bidayuh.

“Sayangnya kita tidak pernah dapat mengatasinya selama bertahun-tahun. Ini akan terus menghantui kita selama bertahun-tahun yang akan datang,” katanya dalam forum yang dianjurkan oleh firma penyelidikan Merdeka Centre. 

Populisme berasas kaum didefinisikan sebagai bentuk mobilisasi politik di mana pemimpin mengumpulkan sokongan daripada kumpulan etnik tertentu.

Jomo bekas penolong setiausaha agung PBB untuk pembangunan ekonomi berkata bahawa bentuk ideologi ini hanya akan menghalang negara dalam jangka masa panjang, yang dibuktikan dengan kejadian baru-baru ini.

“Tetapi ia menghalang kita, menghalang kemampuan kita untuk mengenali apa yang baik untuk negara, menghalang kemampuan kita untuk keluar dari warisan kolonialisme dan menghalang kemampuan kita untuk memikirkan segala kemungkinan.

“Mari kita hadapinya, kita bukan negara besar. Kita perlu berfikir. Kita perlu menyusun semula diri kita sendiri,” katanya. – 23 Disember, 2020.

Berita penuh di sini.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen