Sekolah vernakular wujud sejak dulu, kata kumpulan pendidikan bukan Melayu


Noel Achariam Yeoh Cheong Ee

Kumpulan pendidikan India dan China berkata sekolah vernakular telah lama wujud sebelum negara mencapai kemerdekaan lagi. – Gambar fail The Malaysian Insight, 27 Oktober, 2019.

KUMPULAN pendidikan India dan China telah mempersoalkan mengapa parti-parti tertentu mempertikai kedudukan sekolah vernakular sedangkan ia sudah wujud sebelum negara mencapai kemerdekaan.

Mereka akan melawan saman yang difailkan oleh seorang peguam mengenai kedudukan sekolah vernakular dan sekolah jenis kebangsaan.

Menurut mereka, walaupun kerajaan mengiktiraf sekolah vernakular, mereka bingung mengapa isu itu kini dibawa ke mahkamah.

Mereka percaya golongan yang menaikkan isu ini berniat untuk menganggu keharmonian kaum di negara ini.

Presiden Hindu Sangam R.S Mohan Shan berkata, kerajaan mengiktiraf sekolah vernakular tetapi mengapa perlu ada yang mencabar kedudukannya kini.

“Sekolah ini telah wujud lebih dari 60 tahun.

“Kerajaan telah mengiktiraf sekolah vernakular selama beberapa dekad dan tidak ada sebarang isu yang timbul.

“Jadi kenapa baru sekarang isu dinaikkan?,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Pada Rabu Mohd Khairul Azam Abdul Aziz memfailkan usul di mahkamah mencabar kuasa Kementerian Pendidikan mewujudkan sekolah jenis kebangsaan di Malaysia, yang katanya bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Khairul Azam berkata, beliau mengemukakan tindakan ini di mahkamah selepas kerajaan mengumumkan telah memperuntukan RM127 juta untuk penyelenggaraan dan pemeliharaan sekolah ini tahun hadapan.

Katanya, sebagai pembayar cukai mereka berhak memastikan kerajaan membelanjakan wang kepada rakyat mengikut perlembagaan dan undang-undang.

“Sekiranya institusi ini tidak sah, maka wang rakyat tidak boleh diserahkan kepada institusi.

Mohan berkata cukai bukan sahaja dibayar oleh orang Melayu tetapi semua kaum.

“Cukai dibayar oleh semua kaum. Kaum Cina dan India juga bayar cukai, jadi mengapa kita tidak mendapat peruntukan untuk sekolah kita? Mereka tidak sepatutnya menyalahkan kerajaan untuk peruntukan yang diberikan.

“Tolong jangan wujudkan ketidakharmonian kaum di negara ini. Kita semua hidup dengan aman.

“Apa pun kami akan melawannya. Negara ini milik semua rakyat Malaysia. Kenapa semua bersikap perkauman?,” katanya. – 27 Oktober, 2019.

Berita penuh di sini. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen


  • Sekolah vernakular telah wujud lebih dari 100 tahun, jauh lebih awal dari tarikh kemerdekaan.

    Dimuat naik 4 tahun yang lalu oleh Ravinder Singh · Ulasan