Perjuangan sebuah keluarga demi mendapatkan kebenaran


Selepas 15 tahun, keluarga Teoh Beng Hock terus merana, kerana pembunuh anaknya masih lagi bebas. – Gambar fail The Malaysian Insight, 27 Julai, 2024.

ADAKAH keadilan itu buta, atau semua ini salah ahli politik yang melakukan salah guna kuasa secara meluas?

Sebelum ini, kes Altantuya Shaariibuu, 28, mengambil masa hampir dua dekad sebelum keadilan dapat diterima oleh keluarganya.

Kemudian kes Teoh Beng Hock pula, yang tidak selesai selama 15 tahun. Teoh, 30, adalah pegawai khas kepada exco Selangor pada masa itu, Ean Yong Hian Wah.

Teoh ditahan dan disoal siasat sepanjang malam di tingkat 14 ibu pejabat SPRM Selangor di Shah Alam dan ditemui mati di tingkat lima bangunan itu.

Pada Julai 2011, Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) memutuskan kematiannya itu adalah akibat bunuh diri.

Bagaimanapun, pada September 2014, Mahkamah Rayuan memutuskan kematian Teoh berpunca daripada beberapa kecederaan daripada jatuh, didorong “tindakan melanggar undang-undang dilakukan oleh individu atau beberapa individu tidak diketahui” yang terbabit dalam kes itu.

Pada Mei 2915, kerajaan bersetuju untuk membayar RM600,000 kepada keluarga Teoh sebagai penyelesaian kepada tunttuan saman pada 2012 atas kecuaian hingga menyebabkan kematiannya.

Pada Januari 2023, ibu bapa Teoh memfailkan semakan kehakiman untuk mendesak polis melengkapkan siasatan kematiannya.

Selepas 15 tahun, keluarga Teoh terus merana, kerana pembunuh anaknya masih lagi bebas.

Keluarga itu mahu Perdana Menteri Anwar Ibrahim memberi penamat kepada keperitan mereka.

Apa yang pelik adalah Anwar yang turut pernah menjadi mangsa ketidakadilan, begitu susah untuk mencari masa bertemu keluarga Teoh, dan akhirnya menetapkan pertemuan pada 1 Ogos.

Janji palsu

Keluarga Teoh terpaksa mencari perdana menteri yang “hilang” pada 5 Mei di Kuala Kubu Baru susulan semua usaha mereka gagal untuk bertemu Anwar sejak beliau menjadi perdana menteri pada 24 November, 2022.

Perlukah rakyat merayu perdana menteri untuk berikan sedikit waktu mendengar kesusahan mereka? Adakah ini cara demokrasi dan kedaulatan undang-undang berfungsi di Malaysia? – 27 Julai, 2024.

Berita penuh di sini.

*


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen