Israel tutup pintu sempadan di Palestin kerana Covid-19


Menteri Pertahanan Israel Naftali Bennett bersama kepemimpinan tentera dan koordinator pemerintahan wilayah pada Khamis bersetuju dengan penutupan itu.– Gambar EPA, 6 Mac, 2020.

ISRAEL menutup pintu masuk dan keluar dari bandar Bethlehem di Palestin ekoran kebimbangan penularan wabak Covid-19, memetik media Israel pada Jumaat lapor agensi berita Sputnik 

Menurut Channel 13, Menteri Pertahanan Israel Naftali Bennett bersama kepemimpinan tentera dan koordinator pemerintahan wilayah pada Khamis bersetuju dengan penutupan itu.

Presiden Palestin Mahmoud Abbas pada Khamis turut mengumumkan darurat. Pihak berkuasa Palestin berkata sekolah dan universiti akan ditutup selama 30 hari. Terdahulu, Kementerian Kesihatan negara itu melaporkan tujuh kes baharu Covid-19. 

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) terdapat empat kes disahkan di Palestin dan 15 di Israel. – Bernama, 6 Mac, 2020.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen