Iran tuduh media asing 'bimbangkan' pengundi dengan koronavirus


Peratusan rendah telah dijangka selepas pemantau pilihan raya yang dikuasai puak konservatif membatalkan kelayakan ribuan calon yang sebahagian besar mereka adalah dari kalangan moderat dan reformis. – Gambar AFP, 23 Februari, 2020.

PEMIMPIN tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei pada hari Ahad menuduh media asing cuba menggunakan wabak koronavirus untuk “menghalang” orang daripada mengundi dalam pilihan raya.

“Propaganda negatif ini bermula beberapa bulan lalu dan semakin besar mendekati pilihan raya dan dalam dua hari lalu, dengan alasan penyakit dan virus, media mereka tidak melepaskan peluang untuk menghalang orang daripada mengundi,” kata Khamenei.

“(Musuh kita) bahkan menentang sebarang pilihan raya di Iran,” kata pemimpin itu dalam laman web rasminya.

Iran mengundi dalam pilihan raya parlimen pada hari Jumaat, dua hari selepas wabak koronavirus muncul di negara tersebut.

Peratusan rendah telah dijangka selepas pemantau pilihan raya yang dikuasai puak konservatif membatalkan kelayakan ribuan calon yang sebahagian besar mereka adalah dari kalangan moderat dan reformis.

Wabak Covid-19 telah meragut lima nyawa di republik Islam itu sejak Rabu lalu. – AFP, 23 Februari, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen