Bendung Covid-19, Korea Selatan pertingkat tahap amaran 'tertinggi' 


556 jumlah kes di negara itu kini adalah yang tertinggi di luar China, selain kapal layar Diamond Princess di Jepun. – Gambar EPA, 23 Februari, 2020.

KOREA Selatan meningkatkan tahap amaran koronavirus kepada “tertinggi”, kata Presiden Moon Jae-in pada hari Ahad, bagi menghadapi kenaikan mendadak jumlah jangkitan.

“Insiden Covid-19 hadapi titik perubahan serius. Beberapa hari akan datang adalah sangat mendesak,” kata Moon selepas mesyuarat kerajaan mengenai penularan virus itu.

“Kerajaan akan menaikkan tahap amaran kepada tahap tertinggi mengikut cadangan pakar,” katanya.

Korea Selatan menyaksikan peningkatan jumlah kes koronavirus pada hari-hari kebelakangan ini selepas jangkitan virus itu muncul dari gereja sebuah kultus di Daegu minggu lepas.

556 jumlah kes di negara itu kini adalah yang tertinggi di luar China, selain kapal layar Diamond Princess di Jepun. – AFP, 23 Februari, 2020.
 



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen