Tiada bukti larangan perjalanan dapat bendung wabak, kata ahli akademik


Ragananthini Vethasalam

Dr Khor Swee Kheng berkata larangan perjalanan untuk membendung penyebaran epidemik boleh mencetuskan rasa selamat yang tidak benar. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 17 Februari, 2020.

LARANGAN perjalanan untuk membendung penyebaran epidemik boleh mencetuskan rasa selamat yang tidak benar, kata Dr Khor Swee Kheng, malah tidak ada bukti menyokong keberkesanan langkah itu.

Felo kanan sistem kesihatan dan dasar Universiti Malaya itu berkata mustahil untuk menyekat sempadan dan menghalang orang masuk kerana pihak berkuasa di seluruh dunia berusaha untuk membendung penyebaran Covid-19.

Dr Khor berkata ada kemungkinan juga orang masuk dari negara dunia ketiga, bukannya negara di mana larangan perjalanan dikenakan.

Selain itu, katanya jika “jangkitan manusia” sudah sedia ada dalam sesebuah negara, menutup sempadan tidak memberi manfaat yang besar.

Selain itu, mustahil untuk mengenakan kuarantin terhadap mereka yang keluar dari negara.

“Ia mencetuskan rasa selamat tidak benar bahawa warga asing yang terjangkit tidak ada di sini, maka kita tidak perlu basuh tangan, kita tidak perlu vaksin anak kita, kita tidak perlu jaga kesihatan kita.

“Rasa selamat yang tidak benar ini juga sangat bahaya,” katanya pada forum ISIS international bertajuk “Sains, Politik dan Geopolitik Koronavirus”.

Beliau berkata larangan perjalanan juga datang bersama cabaran seperti diplomatik, ekonomi dan reputasi negara.

Sementara itu, larangan perjalanan sesuai untuk meredakan panik dan memberi tanggapan bahawa kerajaan responsif kepada kehendak umum.

Bagaimanapun, katanya tidak banyak bukti untuk menunjukkan keberkesanan larangan perjalanan dalam membendung epidemik itu. – 17 Februari, 2020.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen