Pesawat pertama bawa penumpang dari kapal persiaran mendarat di AS


Kesemua warga AS dalam kapal persiaran Diamond Princess telah dipindahkan dan dibawa pulang ke negara asal mereka.– Gambar EPA, 17 Februari, 2020.

PESAWAT pertama membawa warga Amerika Syarikat yang dipindahkan dari kapal persiaran di perairan Jepun mendarat di Pangkalan Udara Travis, di California pada Ahad.

Pesawat berkenaan mendarat sekitar pukul 11.20 malam (waktu tempatan) di pangkalan udara yang terletak 70 kilometer dari San Francisco, menurut jurufoto AFP.

Kesemua penumpang akan dikuarantin selama 14 hari.

Penerbangan kedua membawa lebih 300 lagi warganegara AS dan ahli keluarga mereka yang dipindahkan daripada kapal persiaran Diamnod Princess itu dijangka akan mendarat di satu lagi pangkalan udara di San Antonio, Texas.

Empat belas daripada penumpang yang dipindahkan disahkan positif koronavirus sejurus sebelum pesawat berkenaan meninggalkan Jepun.

Mereka ditempatkan di bahagian kuarantin pesawat berkenaan, kata Jabatan Negara AS. – AFP, 17 Februari, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen