Puluhan ribu hilang tempat tinggal selepas ribut landa Madagascar


Penduduk Madagascar kembali menjalankan rutin harian selepas rumah mereka terjejas akibat dilanda banjir susulan taufan Cheneso. – Gambar AFP, 30 Januari, 2023.

SERAMAI 25 penduduk Madagascar meninggal dunia dan puluhan ribu kehilangan tempat tinggal sejak ribut tropika yang teruk melanda minggu lalu.

Taufan Cheneso melanda timur laut Madagascar 10 hari lalu membawa angin kencang dan mencetuskan hujan lebat menyebabkan banjir besar.

Seramai 25 orang disahkan sudah meninggal dunia dan 21 yang lain masih hilang, menurut kemas kini dari pejabat pengurusan risiko Madagascar.

Sekurang-kurangnya 83,181 orang terjejas dengan hampir 38,000 kehilangan tempat tinggal dari rumah mereka.

Ribut Cheneso mendarat pada 19 Januari, membawa angin sehingga 110 kilometer sejam.

Ia merupakan ribut tropika pertama musim taufan semasa di selatan Afrika—yang biasanya berlangsung dari November hingga April—melanda pulau besar lautan India yang terdedah kepada taufan itu. – AFP, 30 Januari, 2023.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen