ANGKA kematian Madagascar akibat Taufan Tropika Batsirai meningkat kepada 120 orang pada Jumaat.
Agensi pengurusan bencana kebangsaan BNGRC berkata majoriti mangsa di daerah Ikongo, berhampiran pantai timur pulau Lautan Hindi.
Kira-kira 125,000 orang terkesan selepas Batsirai membadai hujung minggu lalu, kata agensi itu dalam maklumat terkini.
Agensi bantuan bimbang mengenai bekalan air minuman bersih, dan mula menyediakan sistem penulenan. Penyakit bawaan air menimbulkan risiko kesihatan besar selepas ribut tropika.
Madagascar adalah salah satu negara termiskin di dunia dengan kira-kira 42% kanak-kanak mengalami kekurangan zat makanan kronik, walaupun tanpa bencana alam. – AFP 12 Februari, 2022.
Komen