Taufan Madagascar dibimbangi cetus krisis kemanusiaan, kata PBB


Ribuan penduduk Madagascar ditempatkan di pusat perlindungan sementara selepas kehilangan tempat tinggal akibat taufan Batsirai. – Gambar EPA, 8 Februari, 2022.

TAUFAN Batsirai yang membadai Madagascar pada Isnin meragut 21 nyawa dan menyebabkan lebih 70,000 penduduk hilang tempat tinggal.

Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) berkata ia dibimbangi akan mencetuskan krisis kemanusiaan berikutan kemarau yang dihadapi negara itu sebelum ini.

Madagascar masih menerima kesan akibat ribut tropika yang melanda negara itu bulan lalu meragut 55 nyawa.

Presiden Afrika Selatan Cyril Ramaphosa sebelum ini pernah menyatakan benua itu akan menerima kesan akibat pemanasan global.

Selepas membadai kepulauan La Reunion di Lautan Hindi, Batsirai melanda timur Madagascar pada Sabtu yang membawa hujan lebat dan angin kencang berkelajuan 165 kilometer sejam.

Wakil agensi PBB Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (Unicef), Jean Benoit Manhes memberitahu AFP Batsirai meninggalkan Madagascar pada 7 pagi dan menuju ke Terusan Mozambique.

UNICEF memberi amaran bahawa ramai daripada mangsa berkemungkinan kanak-kanak, yang membentuk lebih separuh daripada penduduk negara itu. – AFP, 8 Februari, 2022.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen