Baja palsu tambah beban petani


Khoo Gek San

Petani menggesa kementerian berkenaan mengambil tindakan segera mengatasi masalah baja palsu. – Gambar fail The Malaysian Insight, 20 Mei, 2022.

BERIKUTAN kenaikan harga baja baru-baru ini, pekebun kecil kelapa sawit Paul Wong membeli baja jenama murah untuk menjimatkan kos, namun mendapati ia palsu selepas mengujinya.

Rakan kongsi saya yang melakukan ujian makmal memberitahu saya membeli selori sampah dan membazirkan RM20,000,” kata Wong, sambil menambah tiada cara untuk menyemak keaslian produk pada ketika membuat pembelian.

Konflik Russia-Ukraine sejak akhir Februari menyebabkan kekurangan dan harga baja kimia tulen melambung tinggi, dan petani di Malaysia tidak terkecuali menerima kesan dan akibatnya kerana penjual baja palsu cuba mengambil kesempatan daripada situasi itu.

Petani menggesa Kementerian Pertanian dan Industri Makanan membantu dengan menubuhkan pusat ujian di pejabat pertanian wilayah bagi memudahkan petani di seluruh negara membuat ujian sampel.

Presiden Persatuan Peladang Sayuran Malaysia Lim Ser Kwee berkata ramai petani – dianggarkan 20% ditipu dan membuat laporan polis saja tidak membantu.

Sebaik saja dibeli, petani itu terjebak dengan baja palsu.

Kementerian boleh menggubal undang-undang terhadap mereka yang menjual baja palsu, kerana pada masa ini tiada undang-undang sedemikian, dan juga boleh menubuhkan pusat ujian untuk petani.

Di Johor, Lim berkata petani sayur menghantar sampel baja yang mereka beli ke makmal swasta di Johor Bahru, dan menanggung kosnya ditanggung sendiri. Ia mengambil masa lebih kurang sebulan untuk mendapatkan keputusan ujian.

“Kami berharap Kementerian Pertanian dapat menyediakan pusat ujian, supaya petani boleh mengambil sampel untuk ujian pada bila-bila masa, dan pada masa yang sama, kementerian harus mengeluarkan undang-undang terhadap mereka yang menjual baja palsu.”

Lim menyifatkan ia sebagai masalah lama; dia sendiri secara tidak sedar telah membeli baja palsu lebih 10 tahun lalu dan hanya mengetahui selepas mengujinya.

Lim berkata baja palsu tidak membantu tanaman malah ada yang boleh memudaratkan tanaman. – 20 Mei, 2022.

Berita penuh di sini.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen