Putrajaya beri jaminan tambah baik kemudahan HKL, kata PM


Perdana Menteri Anwar Ibrahim ketika melawat pesakit di Hospital Kuala Lumpur. – Gambar Facebook, 11 April, 2024.

KERAJAAN memberi jaminan akan memberi perhatian utama dalam menambahbaik infrastruktur dan kemudahan di Hospital Kuala Lumpur (HKL), kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata demikian di media sosial selepas menziarahi pesakit di HKL selain staf dan kakitangan yang bekerja sepanjang tempoh perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Beliau juga memberi sedikit sumbangan kepada pesakit di wad kelas tiga dan kakitangan yang bertugas.

“Saya turut manfaatkan kesempatan ini untuk meninjau keadaan infrastruktur dan fasiliti di HKL dan memberi jaminan bahawa Kerajaan Madani akan memberi perhatian utama untuk menambah baik kemudahan yang mendesak dalam kadar segera,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada seluruh warga HKL dan Kementerian Kesihatan di atas pengorbanan dan sumbangan berterusan demi kesihatan dan kesejahteraan rakyat. – 11 April, 2024.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen