Anwar jalani pembedahan kecil gigi di HKL


Perdana Menteri Anwar Ibrahim perlu berada di Hospital Kuala Lumpur sehingga pagi ini. – Gambar fail The Malaysian Insight, 21 Ogos 2023.

PERDANA Menteri Anwar Ibrahim menjalani prosedur pembedahan kecil gigi di Hospital Kuala Lumpur semalam.

Anwar, yang juga menteri kewangan, memaklumkan perkara itu menerusi hantaran ringkas di laman Facebook malam tadi.

“Buat masa ini, saya masih dalam pemantauan pasukan perubatan dan atas nasihat mereka, saya perlu berada di hospital sehingga esok pagi (Isnin), insya-Allah,” katanya. – Bernama, 21 Ogos 2023.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen