Najib masih di wad, perbicaraan 1MDB minggu ini ditangguh


Ravin Palanisamy

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur telah menangguhkan perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Najib Razak untuk minggu ini selepas bekas perdana menteri itu dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Peguam utama Najib, Muhammad Shafee Abdullah berkata HKL telah mengeluarkan sijil sakit kepada Najib bermula hari ini hingga esok.

“Jabatan penjara beri kami sijil sakit melalui WhatsApp.

“Tetapi kami percaya ianya tulen kerana ditandatangani oleh doktor yang berkelayakan tinggi,” katanya.

Shafee serah salinan sijil perubatan tersebut kepada mahkamah.

Sijil itu dikeluarkan oleh pakar klinikal Dr Mohd Fadhli Zil Ikram Karim dari HKL.

Shafee berkata beliau berjaya bertemu Najib hari ini di HKL selepas menunggu hampir tiga jam, dakwa beliau tidak pasti berapa lama lagi ahli Parlimen Pekan itu akan berada di wad.

“Bercakap dengan anak guam saya, beliau tidak terkejut jika sambung duduk di wad hujung minggu ini kerana banyak ujian (yang perlu dilakukan).

“Maklumat (kemasukan) belum diberikan kepadanya. Apa yang beliau tahu, beliau akan jalani pelbagai ujian setiap hari,” kata Shafee.

Mengambil kira keadaan kesihatan Najib, hakim Collins Lawrence Sequerah kemudian mengosongkan perbicaraan sehingga 26 September.

Beliau bertanya kepada Shafee sama ada tertuduh sepatutnya menjadi lebih baik nanti, yang mana Shafee jawab: “Ya, ikut keadaan.”

Najib telah dimasukkan ke HKL sejak petang Isnin.

Semalam, Shafee berkata tekanan darah Najib tidak stabil. – 14 September, 2022.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen