MAHKAMAH Perlembagaan Bolivia menghalang bekas presiden, Evo Morales daripada menyertai pilihan raya presiden pada 2025, lapor agensi berita Jerman, DPA.
Mahkamah memutuskan mengehadkan kemungkinan untuk dipilih semula adalah tindakan yang sesuai untuk memastikan seseorang tidak kekal berkuasa selama-lamanya.
Dengan berbuat demikian, mahkamah itu membatalkan keputusan terdahulu pada 2017 yang menyifatkan pemilihan semula sebagai sebahagian “hak asasi manusia”.
Dalam satu hantaran di platform X pada Sabtu, Morales mendakwa keputusan itu sebagai “bersifat politik” dan sebagai bukti “subahat beberapa hakim” dengan apa yang disifatkan beliau sebagai “muslihat” presiden Bolivia Luis Arce.
Pada September, Morales mengumumkan beliau akan bertanding semula dalam pilihan raya presiden negara itu.
Beliau menjadi presiden pribumi pertama negara Amerika Selatan itu pada 2006. – Bernama, 31 Disember, 2023.
Komen