Bekas presiden Bolivia Jeanine Anez dihukum penjara 10 tahun


Mahkamah Bolivia semalam mendapati Jeanine Anez bersalah mendalangi gerakan rampasan kuasa terhadap bekas presiden Evo Morales pada 2019.– Gambar AFP, 12 Jun, 2022.

BEKAS presiden Bolivia Jeanine Anez dihukum penjara 10 tahun semalam, selepas didapati bersalah mendalangi gerakan rampasan kuasa semasa krisis politik pada 2019.

Anez dituduh menjadi dalang plot rampasan kuasa terhadap pendahulunya, Evo Morales. 

Mahkamah Bolivia menjatuhkan hukuman ke atas Anez selepas lebih setahun beliau ditahan sejak Mac tahun lepas, dan selepas tiga bulan dibicarakan.

Anez akan menjalani hukuman di penjara wanita di La Paz.

Pasukan peguam bela Anez memaklumkan mereka akan memfailkan rayuan kepada badan antarabangsa. – AFP, 12 Jun, 2022.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen