23 maut bas jatuh gaung di Bolivia


SEKURANG-KURANGNYA 23 orang termasuk tiga kanak-kanak terbunuh setelah sebuah bas terjatuh ke dalam gaung di Bolivia, kata polis dan saksi.

Bas yang membawa 33 orang terjatuh 400 meter dari tebing di Cochabamba sekitar pukul 11 pagi pada Isnin.

“Saya tekan brek tetapi brek tidak berfungsi,” kata pemandu yang isterinya meninggal dalam kemalangan itu.

Tiga kanak-kanak berusia satu, dua dan enam tahun turut maut, namun lima lagi mangsa masih belum dikenal pasti, menurut kenyataan pihak polis.

13 orang cedera dalam kejadian itu dibawa ke hospital berdekatan.

Punca kemalangan sedang disiasat, kata polis.

Bolivia juga mempunyai rekod keselamatan jalan raya yang teruk.

Dalam kejadian serupa pada Mac, 20 orang maut, sementara September lalu, 19 terbunuh ketika sebuah bas terjatuh dari tebing di tempat lain di Bolivia. – AFP, 7 September, 2021.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen