20 maut bas jatuh gaung di Bolivia


Pekerja penyelamat mengeluarkan penumpang bas yang terlibat dalam kemalangan di Cochabamba, Bolivia. – Gambar EPA, 3 Mac, 2021.

SERAMAI 20 orang maut dan belasan lain cedera apabila sebuah bas penumpang terjunam ke dari tebing di Bolivia semalam, kata polis.

Bas itu terjunam sedalam 150 meter selepas meninggalkan jalan antara Cochabamba dan Santa Cruz pada awal pagi, kata ketua polis trafik Helsner Torrico Valdez.

“Hingga kini, 20 orang maut dan kira-kira 13 yang lain cedera,” katanya.

Mereka yang cedera dikejarkan ke hospital di daerah itu.

Dalam kejadian serupa pada September lalu, 19 orang meninggal dunia dan 17 cedera apabila sebuah bas terbabas ke tebing.

Pada April lalu, sebuah bas jatuh 200 meter ke dalam gaung, menyebabkan 25 orang maut selepas terbabit perlanggaran yang melibatkan dua trak di utara La Paz.

Presiden ketika itu, Evo Morales menggesa pemandu bas lebih berhati-hati di negara yang mempunyai rekod keselamatan keselamatan lebuh raya yang buruk. – AFP, 3 Mac, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen