Presiden Bolivia janji hukum tertuduh rampasan kuasa


Presiden Bolivia Luis Arce turut mendakwa terdapat campur tangan luar dalam cubaan rampasan kuasa pada 2019.– Gambar EPA, 7 Ogos, 2021.

PRESIDEN Bolivia Luis Arce pada sidang Parlimen berjanji akan menghukum mereka yang dituduh cuba menjatuhkan kerajaan pada 2019, ketika bekas pemimpin Evo Morales hilang kuasa. 

“Kami tidak akan berhenti ... untuk menuntut proses dan hukuman bagi mereka yang bertanggungjawab atas rampasan kuasa,” kata Arce dalam satu program sempena penubuhan Bolivia pada 6 Ogos 1825.

Beliau turut mendakwa terdapat campur tangan antarabangsa.

Morales meletakkan jawatan presiden pada November 2019 selepas bantahan untuk mengadakan pilihan raya semula berlarutan beberapa minggu.

Pemimpin parti Gerakan Sosialisme yang telah menguasai politik Bolivia selama lebih dari 15 tahun, meletakkan jawatan selepas kehilangan sokongan tentera berikutan audit Organisasi Negara-negara Amerika (OAS) yang menemui bukti penipuan yang jelas dalam pilihan raya semula.

Pemimpin konservatif Jeanine Anez dianggap sebagai presiden sementara kerana beliau merupakan pegawai tertinggi yang tidak meletakkan jawatan.

Anez akan memikul tanggungjawab itu sehingga pilihan raya baharu diadakan, selepas dua kali ditangguhkan berikutan pandemik. – AFP, 7 Ogos, 2021.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen