Penahanan bekas presiden sementara Bolivia dilanjut 6 bulan 


Bekas presiden sementara Bolivia Jeanine Anez menyifatkan lanjutan penahanannya melanggar hak asasi manusia.– Gambar EPA, 4 Ogos, 2021.

MAHKAMAH Bolovia pada Selasa melanjutkan tempoh penahanan pra-perbicaraan selama enam bulan terhadap bekas presiden sementara Jeanine Anez.

Jeanine menerusi Twitter berkata tindakan itu melanggar hak asasinya. 

Anez ditahan pada April selepas dituduh cuba melakukan rampasan kuasa oleh pendahulu yang juga pesaingnya Evo Morales. 

Menerusi akan Twitter yang diuruskan ahli keluarganya, beliau menyatakan mahkamah menambah tempoh tahanan selama enam bulan, yang disifatkan sebagai  satu bentuk rampasan kebebasan yang tidak adil dan pelanggaran hak asasi manusia.

Bagaimanapun tiada kenyataan rasmi berhubung dakwaan itu. 

Anez ditahan atas dakwaan keganasan, hasutan dan konspirasi yang didakwa Morales sebagai cubaan untuk menggulingkannya. Penahanannya mencetuskan bantahan antarabangsa. 

Pemimpin konservatif itu mula berkuasa pada November 2019 selepas Morales dan sekutu kanannya dalam Gerakan Sosialis (MAS) meletakkan jawatan berikutan protes pengundian semula. 

Ketika Morales dalam pelarian selepas 14 tahun berkuasa, Anez yang merupakan ahli Parlimen paling kanan, mengangkat sumpah sebagai presiden sementara. 

Morales dan sekutunya kemudian mendakwa menjadi mangsa rampasan kuasa. – AFP, 4 Ogos, 2021.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen