Baru bantah keputusan Petronas tutup SSGP di Lawas


Desmond Davidson

Baru berharap Petronas akan mengambil langkah yang perlu bagi memastikan operasi boleh diteruskan. – Gambar EPA, 1 September, 2023.

AHLI Dewan Undangan Negeri Ba’ Kelalan Baru Bian membantah keputusan Petronas untuk menutup secara kekal saluran paip gas Sabah-Sarawak (SSGP) bernilai RM4.6 bilion di bahagian Sarawak.

Saluran paip sepanjang 500km itu mengangkut gas asli yang dilombong di perairan Sabah untuk diproses di loji pemprosesan gas asli cecair (LNG) di kompleks Malaysia LNG (MLNG) Dua di Bintulu.

SSGP itu ialah saluran paip gas asli sepanjang 500 kilometer yang menghubungkan terminal minyak dan gas Sabah di Kimanis ke MLNG Dua.

Saluran paip itu adalah sebahagian daripada projek pembangunan minyak dan gas bersepadu Petronas Sabah-Sarawak yang mula beroperasi pada awal 2014.

Baru menyifatkan ia sebagai keputusan yang malang kerana penutupan itu bermakna lebih ramai orang muda di kawasan Baram akan kehilangan pekerjaan.

“Kehadiran Petronas di tempat saya telah membawa manfaat kepada orang tempatan terutama dalam bidang pekerjaan untuk ramai anak muda selain menawarkan banyak bantuan kepad apenduduk kampung dan gereja melalui aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) mereka.

Setiausaha Agung Parti Sarawak Baru (PSB) itu berharap Petronas akan mengambil langkah yang perlu untuk memperbaiki struktur dan keselamatan saluran paip supaya operasi boleh diteruskan.

“tapi malangnya mereka memutuskan untuk menutup secara kekal operasi ini (di Lawas),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas soal kenyataan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekuti Kumpulan Petronas Tengku Muhammad Taufik yang dilaporkan menyebut soal keputusan tersebut. – 1 September, 2023.

Berita penuh di sini.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen