Jepun tambah import gas asli cecair Rusia 211% pada Ogos


Jepun menambah import gas asli cecair (LNG) sebanyak 211.2% dari Rusia pada Ogos. – Gambar AFP, 15 September, 2022.

JEPUN menambah import gas asli cecair (LNG) sebanyak 211.2 peratus dari Rusia pada Ogos, namun mengurangkan import minyak sebanyak 20.3 peratus, menurut data Kementerian Kewangan Jepun pada Khamis.

Selain itu, import arang batu juga menyusut 32.6 peratus pada bulan yang sama, manakala import bijih meningkat 44.9 peratus dalam tempoh yang sama, lapor Sputnik.

Pada bulan yang sama, Jepun menambah import sayur-sayuran dari Rusia sebanyak 154 peratus, namun mengurangkan import bijirin dan kacang soya sebanyak 94-95 peratus tahun ke tahun. Import ikan dan produk ikan pula menokok 9 peratus. Tiada import buah-buahan dari Rusia direkodkan dalam tempoh itu.

Pada masa yang sama, eksport komputer dan komponennya ke Rusia meningkat 107-161 peratus, manakala eksport perkakasan audio dan video merosot 72.4 peratus.

Jumlah eksport dari Jepun ke Rusia menusut 24.3 peratus kepada 54.95 bilion yen (AS$384 juta), manakala import dari Rusia meningkat 67.4 peratus kepada 164.1 bilion yen (AS$1.15 bilion) dalam tempoh yang sama. – Bernama, 15 September, 2022.              


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen