Niger tutup ruang udara 


Pemenrintah tentera Niger memberi amaran sebarang percubaan campur tangan akan mendapat tindak balas segera. – Gambar EPA, 7 Ogos, 2023.

PEMERINTAH tentera Niger pada Ahad mengumumkan mereka telah menutup ruang udara negara itu, memberi amaran bahawa sebarang percubaan untuk melanggarnya akan mendapat “tindak balas segera”.

“Berdepan dengan ancaman campur tangan, yang semakin jelas menerusi persiapan negara jiran, ruang udara Niger ditutup mulai hari ini pada Ahad… untuk semua pesawat sehingga diberitahu kelak,” kata pemerintah baharu negara itu dalam satu kenyataan.

Pengumuman itu dibuat ketika tarikh akhir dari blok Afrika Barat ECOWAS untuk mereka menyerahkan semula kuasa kepada presiden yang dipilih secara demokrasi Mohamed Bazoum akan tamat.

ECOWAS Ahad lalu mengeluarkan arahan kepada pemerintah tentera baharu Niger dengan kata dua untuk berundur dalam tempoh seminggu atau menghadapi kemungkinan campur tangan tentera.

Bazoum telah digulingkan pada 26 Julai apabila anggota pengawalnya sendiri menahannya di kediaman presiden. – AFP, 7 Ogos, 2023.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen