6 maut dalam serangan pemberontak di Niger


SEKURANG-kurangnya enam orang terbunuh dalam serangan pemberontak di Niger berhampiran sempadannya dengan Burkina Faso, kata pihak berkuasa pada Jumaat.

“Setakat ini jumlahnya ialah… enam maut termasuk seorang anggota polis, dua pegawai kastam dan tiga orang awam,” kata kementerian dalam negeri dalam satu kenyataan. 

Sepuluh yang lain cedera apabila lelaki bersenjata lengkap menyerang pos kawalan sempadan dan jambatan berhampiran bandar sempadan Makaldoni, menurut kenyataan itu. 

Sumber tempatan memberitahu AFP sebelum ini bahawa serangan itu telah menyebabkan kematian, namun jumlah sebenar tidak dapat dipastikan.

Pos sempadan Makaldoni yang menempatkan pegawai kastam, pengawal sempadan dan pegawai polis terletak di zon yang sering menjadi sasaran pemberontak.

Makalondi ialah bandar utama terakhir di Niger sebelum sempadan Burkina Faso, kira-kira 100 kilometer (65 batu) di barat daya ibu kota Niamey.

Ia terletak di wilayah Tillaberi, yang terletak di kawasan yang dipanggil tiga sempadan—zon yang mana sempadan Niger, Burkina Faso dan Mali bertemu.

Niger yang menurut Indeks Pembangunan Manusia PBB merupakan negara termiskin di dunia, terpaksa berhadapan dengan dua pemberontakan. – AFP, 25 Disember, 2021.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen