Lebih 200 kanak-kanak diculik di Nigeria


Penculikan itu berlaku sehari selepas 14 pelajar dari sebuah universiti di barat laut Nigeria dibebaskan setelah 40 hari dalam kurungan. – Gambar AFP, 31 Mei, 2021.

PENJENAYAH bersenjata menculik sejumlah besar kanak-kanak dari sebuah seminar Islam di Nigeria tengah, kata para pegawai, terbaharu dalam rentetan kejadian seperti itu yang melanda negara Afrika.

Semasa serangan pada Ahad itu, lebih kurang 200 kanak-kanak berada di sekolah di Niger, tulis pemerintah tempatan melalui Twitter, sambil menambah “jumlah tidak rasmi” itu telah diculik.

Penculikan itu berlaku sehari selepas 14 pelajar dari sebuah universiti di barat laut Nigeria dibebaskan setelah 40 hari dalam kurungan.

Jurucakap polis Niger, Wasiu Abiodun berkata penyerang tiba dengan menaiki motosikal di bandar Tegina dan mula menembak secara melulu, membunuh seorang penduduk dan mencederakan yang lain, sebelum menculik kanak-kanak dari sekolah Islam Salihu Tanko itu.

Salah seorang pegawai sekolah, yang tidak mahu disebutkan namanya, berkata penyerang pada awalnya mengambil lebih dari 100 kanak-kanak “tetapi kemudian menghantar kembali mereka yang dianggap terlalu kecil bagi mereka, iaitu mereka yang berumur antara empat hingga 12 tahun”.

Pemerintah negeri, dalam satu siri tweet, berkata, setakat ini, penyerang telah melepaskan 11 murid yang “terlalu kecil dan tidak dapat berjalan”.

Kemudiannya, juga di Twitter, ia menambah, gabenor Sani Bello telah mengarahkan “agensi keselamatan untuk membawa kembali kanak-kanak itu secepat mungkin”. – AFP, 31 Mei, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen