8 maut dalam serangan militan di Niger 


Pasukan keselamatan Niger memperketatkan kawalan di kawasan Diffa selepas diserang kumpulan militan.– Gambar EPA, 30 Mei, 2021.

SEKURANG-kurangnya empat anggota pasukan keselamatan dan empat orang awam terbunuh dalam serangan kumpulan militan di selatan Niger, dekat sempadan Nigeria, kata pihak berkuasa tempatan.

Kumpulan Negara Islam Wilayah Barat Afrika (Iswap), yang merupakan pecahan daripada kumpulan Boko Haram, menyerang Diffa menggunakan 15 buah kenderaan, kata kenyataan pihak berkuasa.

Kementerian pertahanan turut memberikan butiran angka kematian pada Sabtu.

Menurut kenyataan itu, ia merupakan jumlah pengganas yang telah dibunuh.

Laporan awal menyebut, pihak tentera turut menemui pelancar roket, mortar dan sejumlah besar peluru serta telefon bimbit, dadah dan jarum suntikan.

Seorang penduduk tempatan memberitahu AFP pada Jumaat, kumpulan militan pecahan daripada Boko Haram telah menyerang Diffa.

Katanya serangan itu mencetuskan pergerakan panik dalam kalangan 200,000 penduduk.

Diffa telah diserang beberapa kali sejak 2015. Pada Mei 2020 ketegangan memuncak selepas pertempuran antara tentera dan kumpulan militan berhampiran jambatan Doutchi yang menghubungkan Nigeria dan Niger.

Wilayah itu turut menempatkan 300,000 pelarian dan penduduk yang melarikan diri daripada ancaman kumpulan militan. – AFP, 30 Mei, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen