Macron pengerusikan mesyuarat pertahanan berkaitan Niger 


Presiden Perancis Emmanuel Macron mengutuk sekeras-kerasnya kumpulan berkenaan kerana menggulingkan Mohamed Bazoum.– Gambar EPA, 29 Julai, 2023.

PRESIDEN Perancis Emmanuel Macron pada Sabtu akan mempengerusikan mesyuarat pertahanan mengenai rampasan kuasa di Niger, selepas seorang jeneral berkuasa mengisytiharkan dirinya sebagai pemimpin baharu.

Perancis mempunyai kira-kira 1,500 tentera di negara Afrika Barat itu, yang merupakan salah satu sekutu terakhirnya di wilayah Sahel, selepas tentera Perancis terpaksa berundur dari negara jiran Mali awal tahun ini.

Macron mengutuk sekeras-kerasnya kumpulan berkenaan kerana menggulingkan Mohamed Bazoum pada Rabu.

“Rampasan kuasa ini benar-benar tidak sah dan amat berbahaya, untuk warga, untuk Niger dan untuk seluruh wilayah,” kata Macron, sambil menyeru agar Bazoum dibebaskan dan pemulihan ketenteraman perlembagaan.

Selepas Mali dan Burkina Faso, Niger telah menjadi negara ketiga di Sahel yang terjejas oleh serangan jihad yang dikaitkan dengan kumpulan Negara Islam dan Al-Qaeda.– AFP, 29 Julai, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen