Dakwa ada usaha singkir daripada WTO, Rusia tidak akan berundur


Rusia menjadi anggota WTO sejak Ogos 2012 lalu. – Gambar EPA, 27 Mac, 2023.

MOSCOW tidak akan menarik diri daripada Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) walaupun terdapat beberapa negara cuba menyingkirkan Rusia daripada organisasi itu, dakwa Ketua Jabatan Kerjasama Ekonomi Kementerian Luar Rusia Dmitry Birichevsky dalam temu bual dengan Sputnik.

“Rusia sedang mempertimbangkan semua pilihan untuk menyertai perdagangan pelbagai hala, menganalisis imbangan faedah dan kos keahlian penuh dalam WTO.

“Pada masa yang sama kami memutuskan untuk kekal dalam organisasi sebagai ahli penuh bagi mengekalkan hubungan yang stabil dengan negara membangun yang bersedia meneruskan kerjasama secara adil dan mengambil kira kepentingan bersama,” kata Birichevsky.

Beliau mendakwa ia bukan rahsia terdapat negara-negara dan persatuan yang tidak mesra Moscow cuba menyingkirkan Rusia keluar dari WTO. – Bernama, 27 Mac, 2023.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen