Bangunan pejabat terbakar di Moscow 


KEBAKARAN tercetus di bangunan pejabat di barat Moscow, kata kementerian kecemasan, sambil menambah bahawa lebih 120 orang telah dipindahkan.

“Menurut maklumat awal, lebih 120 orang telah diselamatkan dari bangunan yang terbakar itu,” kata kementerian kecemasan dalam satu kenyataan di aplikasi Telegram, sambil menambah operasi mencari dan menyelamat mangsa masih diteruskan.

Kebakaran meliputi kawasan seluas 1,000 meter persegi (10,764 kaki persegi), kata kementerian itu sambil menambah 180 orang anggota penyelamat dikerah ke lokasi terbabit dan 41 peralatan digunakan untuk memadamkan kebakaran. – AFP, 3 Jun, 2022.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen