Pengurusan loji tenaga nuklear Ukraine ditukar dari Moscow ke Paris


Sebanyak 15 unit nuklear di empat loji kuasa nuklear Ukraine yang beroperasi menjana kira-kira 55 peratus daripada keperluan elektrik Ukraine. – Gambar AFP, 1 April, 2022.

PERSATUAN Pengendali Nuklear Dunia (WANO) memindahkan Energoatom, iaitu pengendali loji tenaga nuklear Ukraine, dari Moscow ke direktorat Paris, kata Energoatom semalam.

“Lembaga Pentadbiran WANO pada mesyuaratnya menyokong aplikasi Energoatom dan buat keputusan untuk memindahkan pengurusan syarikat itu, bersama pengurusan semua loji dan unit kuasa nuklearnya, ke pusat persatuan itu di Paris,” tulis Energoatom di Facebook, lapor Xinhua.

Loji kuasa nuklear Ukraine menjadi sebahagian daripada pusat WANO Moscow sejak penubuhan organisasi itu pada 1989, kata Energoatom.

Sebanyak 15 unit nuklear di empat loji kuasa nuklear Ukraine yang beroperasi menjana kira-kira 55 peratus daripada keperluan elektrik Ukraine. – Bernama, 1 April, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen