Li Zhanshu lawat Russia minggu depan


Pemimpin ketiga dalam hierarki kerajaan China, Li Zhanshu akan melakukan lawatan rasmi ke Russia, Mongolia, Nepal dan Korea Selatan bermula Rabu ini hingga 17 September. – Gambar EPA, 4 September, 2022.

PEMIMPIN tertinggi China, Li Zhanshu dijangka melawat Russia minggu depan, lapor media kerajaan hari ini.

Ini sekali gus menjadi ahli politik tertinggi Parti Komunis itu yang pergi ke Russia sejak pencerobohan Moscow ke atas Ukraine.

Beijing dan Moscow semakin rapat dalam beberapa tahun kebelakangan ini, meningkatkan kerjasama sebagai sebahagian daripada hubungan “tiada had”, bertindak sebagai pengimbang kepada dominasi global Amerika Syarikat.

Sementara itu, ketegangan antara China dan Barat meningkat apabila Beijing enggan mengutuk pencerobohan Moscow ke atas Ukraine dan memberikan perlindungan diplomatik dengan meledakkan sekatan Barat dan penjualan senjata kepada Kiev.

Li, yang juga pemimpin ketiga dalam hierarki kerajaan China, akan melakukan lawatan rasmi ke Russia, Mongolia, Nepal dan Korea Selatan bermula Rabu ini hingga 17 September, menurut agensi berita rasmi Xinhua.

Beliau akan menghadiri Forum Ekonomi Timur yang akan diadakan selama empat hari mulai Isnin di bandar Vladivostok, timur Rusia, lapor Xinhua.

Li, 72, dijangka meletak jawatan dalam Parti Komunis itu pada persidangan penting bulan depan, di mana Presiden Xi Jinping dijangka mengekalkan penggal ketiga berturut-turut dalam jawatannya.

Xi sendiri tidak meninggalkan China sejak penularan wabak Covid-19, awal 2020. – AFP, 4 September, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen