Belanda sita 14 kapal layar milik ahli perniagaan Rusia


Sebanyak AS$563 juta aset milik Rusia dibekukan oleh pihak berkuasa Belanda manakala AS$169 juta transaksi disekat. – Gambar EPA, 7 April, 2022.

BELANDA pada Rabu menyita 14 kapal layar milik ahli perniagaan terkemuka Rusia berikutan sekatan yang dikenakan ke atas Moscow, lapor United Press International (UPI).

Menteri Luar, Wipke Hoekstra berkata aset yang dirampas itu termasuk 12 kapal layar super—berukuran 114 kaki (34 meter)—yang masih dalam pembinaan dan dua lagi sedang menjalani penyelenggaraan di Belanda.

Pihak limbungan kapal dimaklumkan bahawa kapal layar itu tidak boleh dihantar kepada pemiliknya ketika sekatan dikenakan. 

Siasatan lanjut ke atas 15 limbungan kapal Belanda dan lima ahli perniagaan sedang dijalankan.

Hoekstra menambah AS$563 juta aset milik Rusia dibekukan oleh pihak berkuasa Belanda manakala AS$169 juta transaksi disekat. – Bernama, 7 April, 2022.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen