POLIS Belanda melepaskan tembakan amaran, mencederakan beberapa rakyat selepas penunjuk perasaan yang menentang sekatan Covid membakar kereta polis dan membaling batu di Rotterdam pada Jumaat.
Kekacauan tercetus selepas kerajaan merancang menyekat akses kepada rakyat yang tidak divaksin.
Berpuluh-puluh rakyat ditangkap dan tujuh cedera secara keseluruhan, termasuk pegawai polis, semasa kejadian yang berlaku pada malam di salah satu jalan utama di Rotterdam.
Belanda kembali buat penutupan pada musim sejuk Sabtu lalu dengan sekurang-kurangnya tiga minggu sekatan ke atas restoran, kedai dan sukan.
Datuk Bandar Rotterdam, Ahmed Aboutaleb menyifatkan rusuhan itu sebagai “pesta keganasan”.
“Polis merasakan perlu untuk keluarkan senjata untuk mempertahankan diri,” katanya kepada pemberita.
Polis berkata dalam satu kenyataan demonstrasi yang bermula di Coolsingel “telah mengakibatkan rusuhan. Kebakaran telah dilakukan di beberapa tempat. Bunga api dinyalakan dan polis melepaskan beberapa das tembakan amaran.”
“Terdapat kecederaan yang berkaitan dengan tembakan yang dilepaskan,” tambah mereka. Bagaimanapun mereka tidak menyatakan jumlah tetapi media awam NOS berkata dua orang cedera.
Media Belanda berkata beratus penunjuk perasaan menjerit slogan termasuk “kebebasan”, kemudian membaling batu ke arah polis dan bomba selain membakar beberapa skuter elektrik. – AFP, 20 November, 2021.
Komen