Pengarah upacara pembukaan Olimpik Tokyo dipecat kerana buat lawak anti-Yahudi


Hanya sehari sebelum upacara pembukaan Olimpik 2020 di Tokyo, jawatankuasa penganjur Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo memecat pengarah upacara pembukaan Kentaro Kobayashi kerana membuat jenaka mengenai anti-Yahudi dalam sebuah program komedi pada tahun 1998. – Gambar EPA, 22 Julai, 2021.

PENGARAH upacara pembukaan Olimpik Tokyo 2020, Kentaro Kobayashi, dipecat susulan kenyataannya mengenai “Holocaust” tular semula di media sosial, lapor Xinhua.

Langkah itu diambil penganjur Tokyo 2020 sehari sebelum upacara pembukaan sukan itu yang dijadualkan pada Jumaat malam.

“Kami meminta maaf kepada pihak berkepentingan, Tokyo dan rakyat Jepun atas apa yang berlaku, apatah lagi kejadian ini berlaku sebelum upacara pembukaan,” memetik kenyataan pihak penganjur.

Kobayashi dikatakan mempersendakan Holocaust dalam sebuah program komedi pada 1998. 

Holocaust merujuk kepada pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan tentera Nazi ketika Perang Dunia II.

“Berikutan pemecatan itu pihak kami sedang membincangkan bagaimana upacara itu akan dikendalikan,” kata Presiden Tokyo 2020 Seiko Hashimoto pada sidang media di sini Khamis. – Bernama, 22 Julai, 2021.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen