DUA atlet didapati positif koronavirus di Perkampungan Sukan Olimpik Tokyo setelah rakan sepasukan mereka dijangkiti, kata pegawai pada Ahad, sekali gus menimbulkan kebimbangan adanya kluster sebelum acara pembukaan.
Kes pertama melibatkan atlet di Perkampungan Sukan itu selepas anggota rombongan mereka disahkan positif di kompleks yang akan menempatkan ribuan atlet itu.
Ketiga-tiga jangkitan itu diumumkan ketika para atlet dari seluruh pelusuk dunia mula masuk ke Jepun untuk temasya Olimpik, walaupun timbul kebimbangan di mengenai risiko Covid-19.
Jurucakap Tokyo 2020 Masa Takaya berkata ketiga-tiga kes itu “berasal dari negara dan dalam kategori sukan yang sama”.
Mereka “dikuarantin di bilik mereka dan Tokyo 2020 hantar makanan kepada mereka”, katanya, menambah pasukan lain juga telah disaring, namun tidak menyebut pasukan dari negara mana.
Perkampungan Olimpik, sebuah kompleks pangsapuri dan ruang makan di Tokyo, akan menempatkan 6,700 atlet dan pegawai di apabila bermula.
Tinjauan mendapati, Temasya Olimpik Tokyo, yang akan diadakan dalam kawasan tertutup untuk mencegah jangkitan, tidak mendapat sambutan di Jepun.
Pegawai Olimpik telah berusaha untuk kurangkan risiko kesihatan, yang berlaku dalam keadaan anti-koronavirus yang ketat dengan atlet disaring setiap hari.
“Pergaulan terhad. Kami mahu risiko di tahap paling minimum,” kata pengarah eksekutif Sukan Olimpik Christophe Dubi pada Ahad.
55 kes berkaitan dengan temasya itu, yang bermula pada Jumaat, telah ditemui bulan ini, termasuk empat dalam kalangan atlet.
Pada Sabtu, presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa Thomas Bach meminta peminat Jepun menunjukkan sokongan, berkata beliau “sangat memahami skeptisisme” di yang timbul sekitar temasya tersebut. – AFP, 18 Julai, 2021.
Komen