Jepun mula vaksinasi 18,000 pekerja, sukarelawan Olimpik


Tinjauan umum menunjukkan sebahagian besar di Jepun menentang diadakan temasya Olimpik 2020 tahun ini, menyokong pembatalan atau penangguhan acara itu. – Gambar EPA, 11 Jun, 2021.

LEBIH kurang 18,000 pekerja Olimpik Tokyo termasuk pengadil dan sukarelawan akan diberi vaksin mulai minggu depan, kata penganjur pada Jumaat, ketika mereka berusaha untuk membina keyakinan temasya itu selamat.

Hanya enam minggu sehingga temasya berprestij itu yang ditangguhkan sejak pandemik bermula tahun lepas, para pegawai masih bertelagah dengan pengkritik yang bimbang virus akan menular ketika Olimpik 2020 Tokyo.

Program vaksinasi Jepun bermula perlahan, malah hanya lebih dari empat peratus penduduk divaksinasi sepenuhnya, dengan hampir 13 peratus telah mendapat dos pertama.

Ketua Tokyo 2020, Seiko Hashimoto, berkata beliau harap vaksinasi itu dapat membolehkan staf “terlibat dalam temasya dengan tenang.

Suntikan menyasarkan mereka yang “sering berinteraksi dengan atlet secara kerap”, katanya.

Ini termasuklah pengadil, kakitangan Olimpik, pekerja dan kontraktor, pekerja lapangan terbang, pegawai ujian dadah dan pembantu dari jawatankuasa Olimpik dan Paralimpik nasional.

Seramai 70,000 sukarelawan juga akan dimasukkan, jika mereka mungkin akan menjadi kontak rapat atlet.

Hashimoto berkata, vaksinasi akan bermula pada 18 Jun, dengan dos kedua diberikan sebelum temasya dibuka pada 23 Julai.

Tinjauan umum menunjukkan sebahagian besar di Jepun menentang diadakan temasya Olimpik 2020 tahun ini, menyokong pembatalan atau penangguhan acara itu.

Penganjur berusaha menyampaikan maklumat bahawa sekatan yang ketat akan memastikan keselamatan peserta dan masyarakat Jepun selamat.

Mereka telah mengurangi jumlah peserta di luar negara, dan memerlukan ujian atlet setiap hari, termasuk mereka yang sudah divaksin.

Peminat di luar negara dilarang selain keputusan mengenai berapa banyak penonton tempatan dibenarkan, dijangka diumumkan akhir bulan ini.

Sebahagian Jepun termasuk Tokyo kini berada dalam darurat virus yang akan berakhir pada 20 Jun, dengan jumlah jangkitan harian kian menurun. – AFP, 11 Jun, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen