Puak pemisah Armenia, kerajaan Azerbaijan bertempur semula


Tentera Armenia sebelum ini turut dituduh melanggar gencatan senjata kemanusiaan dengan Azerbaijan. – Gambar EPA, 12 Disember, 2020.

KUMPULAN pemisah di wilayah Nagorno-Karabakh berkata pada Sabtu bahawa tiga pejuangnya cedera dalam pertempuran dengan pasukan Azerbaijan yang memungkiri perjanjian damai baru-baru ini.

Kementerian Pertahanan di daerah etnik Armenia itu berkata dalam satu kenyataan bahawa tentera Azerbaijan menyerang pada malam Jumaat dan “tiga anggota Armenia cedera semasa pertempuran itu.”

Kenyataan tersebut turut berkata bahawa anggotanya yang cedera kini keadaan stabil dan siasatan mengenai kejadian itu sedang dijalankan.

Enam minggu pertempuran antara puak pemisah yang disokong Armenia dan Azerbaijan berhubung wilayah Nagorno-Karabakh berakhir bulan lalu selepas kedua-dua pihak bersetuju mengadakan perjanjian damai yang menyaksikan Armenia menyerahkan beberapa wilayah yang dipertikaikan.

Lebih dari 5,000 orang termasuk orang awam terbunuh semasa pertempuran di Kaukasus antara bekas musuh Soviet, yang berperang pada tahun 1990-an di kawasan pergunungan tersebut.

Hampir 2,000 pasukan pengaman Rusia dikerahkan ke wilayah itu dan akan memantau gencatan senjata dari sebuah pusat pemerhatian di Azerbaijan. – AFP, 12 Disember, 2020.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen